REVIU DAN PREVIU MPFL 2019 SIRKIT 1 (WANITA)

REVIU DAN PREVIU MPFL 2019 SIRKIT 1 (WANITA)

Sebanyak tiga perlawanan telah diharungi skuad futsal wanita Selangor bagi Malaysia Premier Futsal League 2019.

Dua kemenangan dan satu kekalahan telah dicatat menyaksikan enam mata berjaya dikumpul.

Keputusan ini juga meletakkan Selangor berada di tangga kedua MPFL 2019.

Untuk perlawanan pertama, Selangor berjaya menundukkan Kedah 6-0.

Manakala dalam perlawanan kedua, aksi cemerlang gagal diulangi selepas tewas 1-2 kepada pasukan Kuala Lumpur.

Namun skuad wanita ini kembali bangkit dalam perlawanan ketiga dan berjaya menewaskan Perak 2-1.

Bagi perlawanan seterusnya, Selangor dijadualkan untuk menentang pasukan Kuala Lumpur untuk Sirkit kedua.

Ini juga merupakan peluang terbaik Selangor untuk membalas dendam selepas tewas dalam sirkit yang pertama.