REVIU PERLAWANAN PIALA BELIA 2019 PERINGKAT KUMPULAN

REVIU PERLAWANAN PIALA BELIA 2019 PERINGKAT KUMPULAN

Tahniah diucapkan kepada pasukan Belia Selangor yang telah berjaya menempah tiket ke perlawanan suku akhir setelah berjaya menamatkan peringkat kumpulan di tempat keempat.

Daripada 20 perlawanan berjalan sepanjang peringkat kumpulan B, Selangor berjaya meraih 32 mata dan meraih 10 kemenangan, dua seri dan lapan kekalahan.

Skuad Young Giants juga berjaya menjaringkan 26 gol dengan 20 gol telah dilepaskan.

Lawan mereka di peringkat suku akhir adalah pasukan PKNS FC yang merupakan juara kumpulan A dengan 35 mata.

Perlawanan diantara kedua-dua pasukan ini dijadualkan pada 21 dan 28 Ogos dengan Selangor terlebih dahulu menjadi tuan rumah di Stadium MP Sepang dan kemudiaannya di Kompleks Sukan PKNS.

Ayuh kita turun beramai-ramai ke Stadium MP Sepang pada 21 Ogos ini untuk memberikan sokongan kepada bakat muda kita.