REVIU PERLAWANAN: Selangor ke separuh akhir!

REVIU PERLAWANAN: Selangor ke separuh akhir!

REVIU PERLAWANAN: Selangor ke separuh akhir!

SHAH ALAM- Meskipun tewas 0-1 di Ipoh pada minggu lalu, Selangor mara ke peringkat seoaruh akhir dengan agregat 3-2 selepas berjaya menewaskan Perak 3-1 di Stadium Shah Alam sebentar tadi.

Dua jaringan Khyril Muhymeen dan Syazwan Zainon berjaya menundukkan Perak sekaligus menyingkirkan juara bertahan itu.

Bermula daripada minit pertama, Selangor telah mempamerkan aksi yang bertenaga untuk mencari gol sulung Red Giants.

Ternyata taktikal B. Satiananthan membuahkan hasil apabila Syazwan Zainon berjaya membuka jaringan pada minit ke-33.

Syazwan yang tidak dikawal mudah menolak masuk hantaran hasil daripada tandukan Khyril Muhymeen.

Selangor berjaya menggadakan jaringan pada minit ke-45 apabila Khyril Muhymeen mudah menolak masuk hantaran Ifedayo Olusegun.

Masuk babak kedua, Perak yang ketinggalan 0-2 cuba untuk bangkit dan berjaya melakukan beberapa percubaan namun berjaya dinafikan oleh Khairulazhan Khalid.

Ternyata malam ini malam Kyhril apabila beliau berjaya menambah gol kedua pada minit ke-67 sekaligus menjadikan kedudukan 3-0.

Perak akhirnya berjaya memperoleh gol saguhati apabila rembatan deras Brendan Gan berjaya menewaskan Khairulazhan pada minit ke-83.

Keputusan 3-1 kekal hingga tamat perlawanan sekaligus menyaksikan Selangor layak ke peringkat separuh akhir dan dijadualkan untuk bertemu Johor Darul Takzim Oktober ini.

Selain itu, turut diadakan sesi bertafakur selama seminit bagi memberi penghormatan ke atas Almarhum Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan juga mendiang Datuk M. Chandran sebelum perlawanan bermula.

DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah turut bertitah bahawa pemergian Datuk M. Chandran merupakan satu kehilangan besar sukan bola sepak tanah air.

“Beliau mempunyai karier yang begitu cemerlang di antara menjadi jurulatih pasukan Selangor dan juga merupakan ketua pasukan Malaysia di temasya Sukan Olimpik 1972 di Munich.

“Bagi pihak Persatuan Bola Sepak Selangor, beta ingin mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan mendiang Datuk M. Chandran,” titah baginda lagi.