REVIU PIALA PRESIDEN: Selangor bertemu PKNS FC

REVIU PIALA PRESIDEN: Selangor bertemu PKNS FC

SHAH ALAM: Untuk peringkat suku akhir Piala Presiden 2019, skuad muda Selangor dijadualkan untuk bertemu pasukan PKNS FC pada 22 Ogos di Stadium MBPJ pada jam 4.45 petang.

Selangor yang berada di tangga ketiga Kumpulan A menjadi lawan pasukan PKNS FC yang merupakan naib juara Kumpulan B.

Mengikut statistik selepas peringkat kumpulan, PKNS mempamerkan aksi yang lebih menarik dengan 50 mata berjaya dikutip daripada 22 perlawanan.

Mereka berjaya meraih 15 kemenangan, lima seri dan hanya tewas dua perlawanan dengan 42 jaringan berjaya dihasilkan.

Manakala Selangor sekadar mengutip 32 mata daripada 18 perlawanan, menang lapan perlawanan dan tewas tiga perlawanan dengan 22 gol berjaya dihasilkan.

Namun umum kita ketahui, apabila memasuki peringkat kalah mati, senarionya berbeza dan tiada siapa mampu untuk meramal keputusannya.

Jadi tidak mustahil untuk pasukan Selangor untuk melakukan kejutan ke atas PKNS FC sekaligus layak ke peringkat separuh akhir.

Semoga berjaya diucapkan kepada skuad Young Giants dan buat yang terbaik untuk perlawanan kali ini.