Rufino Direhatkan Musim Ini

Rufino Direhatkan Musim Ini

Setelah melakukan perbincangan dan mendapat nasihat dari doktor pakar dan fisio pasukan, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dengan berat hatinya telah mengambil keputusan untuk merehatkan penjaring terbanyak Liga Super musim lalu, Rufino Segovia disebabkan kecederaan yang sedang beliau alami.

Rufino yang disahkan mengalami kecederaan di bahagian achilles tendon dijangka akan pulih sepenuhnya menjelang hujung tahun ini.

“Rufino masih lagi mempunyai baki satu tahun kontrak bersama FAS dan oleh sebab itu kami tidak tergesa-gesa untuk menggunakan khidmat beliau,” komen Johan Kamal Hamidon, Setiausaha Agung FAS mengenai perkembangan terbaru ini.

“Kami juga memberi ruang bagi Rufino untuk sembuh sepenuhnya untuk mengelakkan kecederaan itu berulang jika tidak dirawat dengan sebaiknya,” tambah Johan lagi.

FAS akan sentiasa memberikan Rufino sokongan yang beliau perlukan dan berharap peminat juga boleh mendoakan yang terbaik untuk beliau segera pulih dan tampil dengan lebih berbisa di musim hadapan.

Mejorate pronto, Rufino!