Selangor cemerlang tundukkan PJ City

Selangor cemerlang tundukkan PJ City

SHAH ALAM- Tiga mata penuh berjaya diraih skuad Red Giants setelah menundukkan pasukan PJ City FC di Stadium Shah Alam 3-0 sebentar tadi.

Endrick Dos Santos, Khyril Muhymeen dan juga Ifedayo Olusegun mencatat nama selaku penjaring sekaligus memberikan kemenangan yang selesa buat Selangor.

Sebaik sahaja permainan bermula, Selangor menguasai padang dengan beberapa percubaan berjaya dihasilkan namun tiada gol dijaringkan.

Serangan demi serangan dilancarkan Selangor dan akhirnya Endrick Dos Santos berjaya membuka jaringan pada minit ke-43 hasil umpanan Halim Saari.

Masuk babak kedua, Selangor sekali lagi mempamerkan aksi yang bertenaga dan berjaya meraih gol kedua melalui percubaan Khyril Muhymeen pada minit ke-53.

Kemenangan Selangor dilengkapi dengan jaringan ketiga yang dijaringkan oleh Ifedayo Olusegun melalui rembatan leret enam minit kemudian.

Amri Yahyah yang dibawa masuk menggantikan Syazwan Zainon pada separuh masa kedua hampir memberikan gol keempat Selangor namun sekadar melewati palang sekaligus menyaksikan perlawanan tamat dengan keputusan 3-0 berpihak kepada Selangor.

Khyril Muhymeen yang beraksi dengan baik pada malam ini dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Semoga rentak kemenangan ini akan diteruskan skuad Selangor bagi menentang PNKS FC dalam perlawanan akhir Liga Super 2019.