Piala Presiden 2019: Selangor kekal pendahulu Kumpulan A

Piala Presiden 2019: Selangor kekal pendahulu Kumpulan A

Piala Presiden 2019: Selangor kekal pendahulu Kumpulan A

Skuad Presiden Selangor kekal pendahulu kumpulan A Piala Presiden 2019 selepas berjaya meraih 25 mata daripada 13 perlawanan berbanding pencabar terdekat mereka, PJ City FC yang berjaya mengutip 24 mata.

Tiga perlawanan telah diharungi bagi bulan Jun ini dan enam mata berjaya diperoleh serta empat gol berjaya dihasilkan.

Lawan pertama skuad the Young Giants bagi bulan Jun adalah pasukan Armed Forces FC yang berlangsung di Stadium MINDEF, Kuala Lumpur.

Keputusan 2-0 berjaya diraih skuad muda ini melalui jaringan Fazrul Fahriz dan Saiful Iskandar.

Untuk perlawanan seterusnya, nasib tidak menyebelahi Selangor apabila tewas 1-2 ke atas Sabah.

Perlawanan terakhir untuk bulan Jun adalah menentang pasukan yang berada di kedudukan keempat kumpulan A iaitu Kedah.

Meskipun bermain di gelanggang lawan, Selangor berjaya mencatat kemenangan 1-0 hasil jaringan Asif Maszarry untuk membawa pulang tiga mata berharga.

Untuk bulan Julai pula, lima perlawanan akan diharungi skuad Young Giants.

Pertamanya, Selangor akan melayani kunjungan pasukan JDT III di Stadium Mini Persada Plus pada 1 Julai.

Seterusnya adalah menentang pasukan PJ City FC di Stadium Mini Persada Plus pada 4 Julai.

Ini merupakan perlawanan penting buat Selangor kerana ini akan menentukan siapa juara kumpulan A bagi musim ini.

Pada 6 Julai, Selangor akan bertandang ke Stadium Kuala Selangor untuk menentang pasukan Selangor United.

Pahang pula merupakan lawan seterusnya pada 15 Julai di Stadium Darul Makmur.

Manakala lawan terakhir Selangor untuk bulan Julai adalah pasukan UiTM FC dan akan berlangsung di Stadium Mini Persada Plus pada 22 Julai.

Semoga skuad muda Selangor akan mempamerkan aksi terbaik dan mampu untuk meraih tiga mata penuh pada kesemua perlawanan.