Selangor Sekali Lagi Diikat PDRM

Selangor Sekali Lagi Diikat PDRM

Impian Selangor untuk mengutip tiga mata penuh menentang PDRM tidak kesampaian apabila terikat 2-2 di Stadium Hang Jebat sebentar tadi.

Pasukan tuan rumah terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-28 melalui percubaan Uche Agba.

Selangor cuba bangkit untuk menjaringkan gol penyamaan namun gagal sehingga tamat separuh masa pertama.

Masuk babak kedua, Selangor tampil lebih garang dengan melancarkan serangan bertali arus.

Hasilnya pada minit ke-68, pemain pertahanan Selangor, Taylor Regan berjaya menyamakan kedudukan selepas menolak masuk hantaran Ifedayo Olusegun.

Selangor berjaya menggandakan jaringan apabila Ifedayo Olusegun berjaya menyudahkan hantaran Syahmi Safari pada minit ke-80 sekaligus meletakkan Selangor dihadapan.

Namun kelebihan itu tidak kekal lama selepas Lee Chang Hoon berjaya melepasi barisan pertahanan Selangor sekaligus melepaskan rembatan leret dan menewaskan Khairulazhan Khalid pada minit ke-87.

Keputusan 2-2 kekal hingga ke tamat perlawanan menyaksikan Selangor mencatat satu lagi keputusan seri.