Selangor seri menentang PKNP FC

Selangor seri menentang PKNP FC

MANJUNG- Menentang pasukan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC), Selangor berjaya mencatat keputusan seri 1-1 sekaligus mencuri satu mata berharga di Stadium MP Manjung semalam.

Sebaik sahaja wisel permainan dibunyikan, kedua-dua pasukan melancarkan serangan dengan menerapkan corak permainan pantas bagi mendapatkan jaringan awal.

Selangor terlebih dahulu memperoleh peluang keemasan namun tandukan Taylor Regan berjaya dinafikan penjaga gol PKNP, Ahmad Asyraaf Omar pada minit ke-16.

Namun, Selangor berjaya memperoleh jaringan pembukaan pada minit ke-29 selepas Ifedayo Olusegun mudah menolak masuk hantaran Sandro Da Silva.

Tersentak dengan jaringan tersebut, PKNP cuba bangkit mengatur serangan namun percubaan Ibni Khozaimi sedikit tersasar.

Masuk babak kedua, Selangor terus mengasak gawang gol pasukan PKNP bagi melebarkan defisit gol.

Tetapi PKNP yang sebaliknya berjaya menjaringkan jaringan penyamaan selepas satu siri serangan balas yang disudahkan dengan rembatan kencang G. Mugenthiran pada minit ke-46.

Meskipun Selangor menggandakan serangan bagi memperoleh jaringan kemenangan, perlawanan tamat dengan keputusan seri 1-1.

Selangor dijadualkan untuk bertemu Terengganu FC di pada 24 Mei ini di Kuala Terengganu.

Semoga tiga mata penuh berjaya diraih Selangor di perlawanan seterusnya.