Selangor Terus Menerima Sokongan Sektor Korporat

Selangor Terus Menerima Sokongan Sektor Korporat

Pengurusan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) terus menerima kepercayaan sektor korporat apabila syarikat perlabuhan yang beroperasi di Port Klang, Northport (Malaysia) Berhad sudi menaja FAS Selangor sebanyak RM 35,000 bagi musim ini.

Namun, tajaan ini mempunyai sedikit kelainan kerana selain sumbangan wang tunai, Northport juga telah membuat pembelian Pas Bermusim VIP, Pas Bermusim Terbuka, Red Giants team card serta tiket perlawanan secara pukal untuk diberikan kepada kakitangan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Northport, Datuk Azman Shah Mohd Yusof berkata tajaan ini adalah bertujuan untuk mengembalikan suasana meriah di Stadium Shah Alam seperti suatu ketika dahulu dengan meramaikan lagi penyokong yang hadir pada hari perlawanan.

“Harapan kami adalah pasukan Selangor terus cemerlang di masa akan datang, sekaligus mengembalikan nostalgia kejayaan pasukan yang pernah dikecapi sebelum ini,” ujar Azman.

Persatuan Bolasepak Selangor yang diwakili Setiausha Agung, Dr. Johan Kamal Hamidon, hadir ke majlis penerimaan sumbangan tersebut daripada Northport, disamping menyampaikan kit Pas Bermusim VIP dan Terbuka kepada pengurusan dan kakitangan Northport.

Semoga dengan tajaan ini, lebih banyak sektor korporat akan bergandingan bersama FAS dan terus maju ke hadapan dalam industri bola sepak.