PraMusim Review: Selangor v UiTM

PraMusim Review: Selangor v UiTM

Sebentar tadi berlangsung perlawanan persahabatan pramusim pertama tahun 2019 buat pasukan Selangor.

Perlawanan di Stadium MPSJ itu bermula pada jam 8:45 malam dengan cuaca yang baik dan berangin. Meskipun perlawanan ini tidak dihebahkan, namun dapat dilihat kelibat penonton dan penyokong Selangor memenuhi stadium.

Antara kesebelesan utama yang diturunkan oleh Selangor adalah Farizal Harun, Azreen Zulkafali, Latiff Suhaimi, K. Prabakaran, Sarkunan, Faiz Nasir, Amri Yahyah, Sean Selvaraj, Norhakim Isa dan beberapa pemain import percubaan.

5 minit pertama bermula dengan agak seimbang. Latiff Suhaimi kemas mengemudi barisan pertahanan dengan bentengan keras terhadap hantaran-hantaran pasukan lawan.

Sepakan penjuru pertama perlawanan hadir pada minit ke-10 diberikan kepada UiTM. Hantaran lintang itu mudah dikeluarkan pemain pertahanan Selangor.

Pemain import percubaan Selangor di bahagian tengah berjaya membuat hantaran panjang ke Faiz Nasir beberapa kali yang membahayakan pasukan lawan.

Pada minit ke-12, percubaan pertama Selangor datang daripada sepakan percuma namun ia melewati palang.

Satu gerakan cantik bermula dari Hakim Isa dengan larian di bahagian kiri. Meskipun ditarik, Hakim sempat membuat hantaran kepada Sean dan Sean berjaya membuat sepakan kaki kiri menemui gawang lawan, tetapi pengadil telah terlebih dahulu meniup wisel sebaliknya memberikan faul menidakkan gol tersebut.

Selepas 20 minit perlawanan berlangsung, dilihat pemain import Selangor dan Faiz Nasir banyak mengawal bahagian tengah padang melalui hantaran berbahaya dan kawalan bola yang menarik yang banyak membantu Selangor menguasai perlawanan.

Faiz Nasir dan Hakim Isa kemudian bertukar posisi menunjukkan approach yang lebih fleksibel.

Pada minit ke-22, Azreen dilayangkan kad kuning pertama perlawanan selepas mengasari pemain UiTM. 

Amri Yahyah dan Sean di sebelah kanan padang dilihat kerap memecah belahkan pertahanan UiTM dan pada minit ke-26 berjaya menjerat pertahanan di dalam kawasan kotak penalti. Percubaan itu kemudian dihadang dengan satu sliding tackle kemas dari pertahanan UiTM.

Tidak lama selepas itu, pada minit ke-28, gol pertama dijaringkan oleh Sean Selvaraj. Sepakan percuma dari sebelah kanan yang diambil oleh Amri Yahyah kemudian di tanduk oleh pemain import percubaan. Bola tersebut jatuh di hadapan pemain no 7 Selangor, Sean Selavaraj dan disudahkan dengan tap-in mudah.

UiTM cuba untuk terus bangkit bagi menyamakan kedudukan pada minit ke-29 melalui satu rembatan jarak jauh luar kotak namun berjaya ditangkap kemas oleh Farizal Harun.

Separuh masa pertama yang berlangsung selama 30 minit tamat dengan Selangor mendahului UiTM satu gol berbalas kosong.

Babak kedua bermula dengan pertukaran 4 pemain dari Selangor. Syukri Azman, Halim Saari, Namathevan dan seorang pemain import pertahanan yang menggantikan Latiff Suhami, dimasukkan.

Pada minit-31, percubaan pertama Selangor datang dari satu hantaran cantik oleh Hakim Isa kepada Sean Selvaraj. Rembatan leret kaki kiri Sean kemudian berjaya ditepis oleh penjaga gol UiTM.

Selangor kemudian mendapat sepakan penjuru namun berjaya dikeluarkan oleh pertahanan UiTM sebelum kembali mendapat sepakan percuma pada minit-32. Satu tandukan lompatan tinggi yang cantik oleh pemain import percubaan Selangor itu berjaya ditangkap oleh penjaga gol UiTM.

Separuh masa kedua menyaksikan pertahanan import percubaan Selangor yang berjersi nombor 32 dan tegap itu berjaya menidakkan percubaan berbahaya dari UiTM. Dalam masa yang sama, berjaya membuat beberapa tandukan berkualiti buat Selangor di set-piece sepertimana beliau berjaya membuat satu assist kepada Sean dalam gol pertama tadi.

Kad kuning kedua perlawanan dilayangkan kepada pemain UiTM setelah menjatuhkan Halim Saari yang cepat kembali merebut bola pada minit ke-41.

Minit ke-42 menyaksikan satu lagi percubaan menarik hasil setup oleh Faiz Nasir kepada Norhakim Isa. Namun sepakan kaki kiri Hakim sedikit tersasar melepasi tiang gol uitm.

Khairulazhan masuk menggantikan Farizal Harun pada minit ke-43. Faizzudin Abidin, Asraff Haykal, Badrul Amin, K. Kannan, barisan pemain muda pula dimasukkan menggantikan Faiz, Sean, Amri, dan pemain import pada minit ke-45.

Meskipun pasukan UiTM beberapa kali cuba membuat counter-attack, namun gerakan mereka berjaya dipatahkan barisan pertahanan muda Selangor.

Selangor dilihat semakin menambah asakan demi asakan. Pada minit ke-54, rembatan tepat kaki kiri dari pemain pertahanan Selangor, Syukri Azman hampir terlepas dari dakapan penjaga gol UiTM.

Minit ke-56, UiTM berjaya menyamakan kedudukan hasil kesilapan pemain Selangor. Kawalan bola first touch yang kurang kemas dari tengah padang itu memberikan bola terus kepada penyerang UiTM yang tidak dikawal yang membuat placing leret yang mudah ke gawang Selangor.

Separuh masa kedua tamat dengan kedudukan seri satu sama.

Babak ke-3 bermula dengan dua pertukaran daripada Selangor memasukan Amirul Haziq dan Amirul Ashraff.

Percubaan berbahaya Selangor minit ke-64 sekali lagi datang dari Syukri Azman namun sayang ianya hanya menghinggap di tepi gol UiTM.

Babak ketiga mula menyajikan lebih banyak hantaran dari bahagian sayap. Tamil Maran dan Ashmawi Yakin masuk menggantikan Halim Saari dan pemain import pada minit ke-73.

Tempo perlawanan kelihatan yang kelihatan seakan-akan semakin perlahanan dikejutkan dengan gol dari UiTM pada minit ke-82. Hasil sepakan luar kotak yang berjaya menemui gawang selepas bola terlepas dari kawalan Selangor di tengah padang.

Meskipun tewas, jelas dapat dilihat bahawa pasukan yang diturunkan merupakan pasukan percubaan dengan ketiadaan kelibat pemain utama seperti Syahmi Safari, Wan Karpet, Wan Zack, Nurridzuan dan beberapa pemain utama.