PraMusim Review: Selangor v UKM FC

PraMusim Review: Selangor v UKM FC

Semalam telah berlangsung satu perlawanan persahabatan pramusim diantara Selangor menentang UKM FC di Stadium INSPEN, Bangi.

Perlawanan yang merupakan perlawanan persahabatan pramusim kelima buat pasukan Selangor sebelum berangkat ke Bangkok ini bermula sekitar jam 8.45 malam.

Babak pertama perlawanan menyaksikan Selangor menurunkan beberapa pemain import percubaan di dalam skuad kesebelasan utama.

Turut digandingkan bersama, beberapa pemain Selangor yang telah memberikan aksi terbaik sepanjang kempen pramusim ini seperti Sean Selvaraj, Halim Saari dan Faiz Nasir.

Gambar oleh Asiana.my

Selangor memberi amaran pertama dengan hantaran ke dalam kotak penalti UKM FC pada minit ke-7, tetapi hantaran lintang Syahmi Safari tidak berjaya menjumpai Sean Selvaraj yang berada di bahagian hadapan jentera serangan Selangor.

Kedua-dua pasukan kelihatan mula mempamerkan corak permainan dengan tempo yang agak laju selepas beberapa percubaan awal.

Pemainan yang lebih banyak berlegar di kawasan UKM FC membuktikan bahawa Selangor datang membawa mentaliti menyerang di babak awal perlawanan.

Namun, UKM FC kelihatan tampil lebih agresif dan fizikal apabila pemain mereka dilayangkan kad kuning pertama perlawanan.

Asakan demi asakan dari UKM FC kemudian berjaya membuahkan hasil apabila pengadil memberikan mereka sepakan percuma jarak jauh dan hantaran lintang daripada sepakan itu berjaya ditanduk oleh penyerang mereka menewaskan Khairulazhan pada minit ke-10.

Selepas itu, UKM FC pula semakin kelihatan lebih berbahaya dengan beberapa through pass dari bahagian tengah mencari ruang membolehkan pemain sayap mereka membuat diagonal run namun larian-larian itu berjaya dipatahkan.

Gambar oleh Asiana.my

2 minit selepas itu, satu lagi hantaran lintang jauh dari bahagian tengah padang oleh UKM berjaya ditanduk oleh penyerang mereka sebelum disambut dengan tandukan jarak dekat oleh Sunday Matthew yang sekali lagi berjaya membolosi gawang Selangor.

Selangor kelihatan ingin bangkit dengan lebih garang melalui terus menerus hantaran kehadapan dibuat oleh gerakan pemain-pemain tengah Selangor.

Gambar oleh Asiana.my

Pada minit ke-16, Selangor dihadiahkan dengan satu sepakan percuma dari jarak yang agak berbahaya. Sepakan serong yang diambil oleh pemain import Red Giants itu sukar dibaca namun kemudian berjaya ditanduk keluar oleh pemain pertahanan UKM.

Minit ke-23, satu gerakan cantik bermula dari Faiz Nasir yang merebut kembali bola yang pada awalnya hilang dari kawalan pemain Selangor, kemudiannya, menewaskan pemain UKM FC dengan satu skill tap yang cantik sebelum membuat hantaran pendek kepada pemain import Selangor. Seterusnya, pemain import tersebut mempamerkan satu skill menarik sambil membuat hantaran ke bahagian sayap Selangor menemui Sean. Hantaran Sean kedalam kotak penalti UKM FC berjaya disambut oleh Syazwan Zainon menghasilkan gol pertama Selangor dan juga gol pertama peribadi beliau buat pasukan Red Giants.

Gambar oleh Asiana.my

Selangor kemudian kembali mengawal perlawanan dengan mengikat UKM FC di bahagian tengah serta beberapa hantaran dan overlapping berbahaya dilakukan.

10 minit kemudian, gerakan diantara kedua-dua pemain import Selangor berjaya membantu Selangor mengikat kedudukan.

Hantaran pendek dengan larian dari bahagian tengah padang kepada penyerang Selangor itu disudahkan dengan satu rembatan leret kaki kiri dari luar kotak. Minit ke-35, Selangor kembali seri dengan UKM FC.

Selangor hampir mendahului UKM FC apabila hantaran lintang dari pemain import meletakkan Sean Selvaraj dalam posisi berbahaya berhadapan dengan penjaga gol UKM FC namun ianya tidak berjaya disambut dengan kemas.

Minit ke-44, pemain sayap UKM FC kemudian dijatuhkan di dalam kotak penalti Selangor oleh Syahmi Safari dan pengadil telah menghadiahkan mereka dengan sepakan penalti.

Ianya disempurnakan oleh Kitai Yuki, pemain import UKM FC meskipun hampir berjaya diselamatkan oleh Khairulazhan pada minit ke-45 dan sekali lagi meletakkan UKM FC dihadapan.

Selangor hampir mengikat kembali kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama melalui sepakan percuma jarak jauh 30m oleh pemain import yang sudah menewaskan penjaga gol UKM FC namun percubaan itu sedikit melewati palang.

Babak kedua bermula dengan beberapa pertukaran daripada kedua-dua pasukan. Selangor memberi ruang kepada pemain-pemain muda dengan memasukkan mereka menggantikan beberapa pemain utama di separuh masa pertama.

Percubaan berbahaya pertama separuh kedua terus sebaik wisel ditiup. Gerakan menarik Syazwan Zainon yang membuat hantaran pendek kepada pemain import yang kemudian membuat satu through pass menemui Nurridzuan di dalam kotak penalti UKM. Sepakan padu half volley kaki kiri Nuri pada minit ke-47 itu kemudian sedikit tersasar ke sisi gol UKM.

UKM terus menjarakkan kedudukan apabila Sunday Matthew sekali lagi berjaya menyudahkan hantaran lintang dari sepakan percuma UKM FC pada minit ke-49 menewaskan penjaga gol baru Selangor Farizal Harun.

Permainan kemudiannya kelihatan seimbang dengan beberapa hantaran dan percubaan berbahaya dilakukan.

Minit ke-79, UKM FC sekali lagi berjaya memecahkan gawang dengan rembatan jarak dekat pemain penyerang import mereka, Ricardo, setelah membuat satu larian solo menewaskan pemain-pemain pertahanan muda Selangor menggunakan kelebihan fizikal yang ada pada beliau.

Perlawanan tamat dengan UKM FC berjaya mengikat Selangor dengan kelebihan 3 gol.

Lihat highlights penuh perlawanan di sini: