#STILLRED: Halim Saari & Syukri Azman Kekal Red Giants.

#STILLRED: Halim Saari & Syukri Azman Kekal Red Giants.

Pihak pengurusan dan barisan kepimpinan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) telah mengekalkan kontrak beberapa pemain yang dilihat mampu membawa impak positif bagi pasukan Red Giants untuk musim 2020.

————————————————————————

Dua lagi pemain skuad Red Giants bagi musim ini dikekalkan dan kali ini pemain tersebut adalah Halim Saari dan juga Syukri Azman.

Kedua-dua pemain ini masih lagi mempunyai baki kontrak bersama Selangor.

Halim Saari yang hadir pada awal Januari lalu merupakan bekas pemain pasukan Kedah dan bertugas di bahagian tengah pasukan Selangor.

Dibantu Sandro Da Silva dan K. Sarkunan di bahagian tengah, Halim mampamerkan aksi yang bertenaga pada musim ini.

Hantaran jauh berkualiti tinggi kepada Syazwan Zainon untuk gol kedua Selangor di Cheras sudah pasti akan diingati oleh semua penyokong Selangor.

Halim juga berjaya mencatat 27 penampilan dan bermain selama 2181 minit untuk Selangor bagi musim ini.

Selain itu, beliau juga berjaya menghasilkan dua bantuan gol.

Seorang lagi pemain adalah Syukri Azman.

Pemain muda kelahiran Ijok ini merupakan produk pasukan Belia dan Presiden Selangor.

Syukri juga masih lagi mempunyai kontrak bersama skuad Selangor.

Bermain di posisi pemain pertahanan kiri, Syukri dinaikkan ke pasukan senior Selangor pada musim lalu.

Bersama pasukan Presiden, beliau berjaya mejulang Piala Belia pada 2017.

Semoga Syukri akan mempamerkan aksi yang lebih bertenaga pada musim hadapan sekaligus membantu Selangor ke arah kejayaan.

FA Selangor berharap dengan kepercayaan yang diberikan kepada kedua-dua pemain Selangor ini mampu memberikan cabaran kepada pasukan lawan bagi musim 2020.

Halim Saari & Syukri Azman, #StillRED