#STILLRED: Ifedayo Olusegun & K. Prabakaran Kekal Red Giants.

#STILLRED: Ifedayo Olusegun & K. Prabakaran Kekal Red Giants.

Pihak pengurusan dan barisan kepimpinan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) telah mengekalkan dan menlanjutkan kontrak beberapa pemain yang dilihat mampu membawa impak positif bagi pasukan Red Giants untuk musim 2020.
———————————————————————————————

Penyerang, Ifedayo Olusegun dan pemain pertahanan, Prabakaran Kanadasan terus kekal bersama pasukan Gergasi Merah untuk musim 2020.

Ifedayo bukanlah nama asing dalam kancah bola sepak Malaysia. Pemain berasal dari Nigeria ini telah menempah nama di Malaysia sejak tahun 2017 bersama pasukan Melaka United dan Felda United.

Ifedayo hadir pada jendela pintu perpindahan kedua pasukan Selangor. Beliau telah berjaya meledak hatrik dalam penampilan pertamanya menentang pasukan Kedah.

Kehadiran beliau telah memberi impak besar bahagian serangan Selangor musim ini.

Penyerang Nigeria ini merupakan penjaring terbanyak dalam skuad Gergasi Merah musim 2019.

Beliau telah menjaringkan 16 gol serta 3 ‘assist’ sepanjang penampilan beliau untuk pasukan Selangor musim 2019.

Dengan kemahiran yang dimiliki oleh Ifedayo, FA Selangor yakin beliau mampu untuk terus menjaringkan gol untuk skuad Red Giants tahun 2020.

Sementara itu, seorang lagi pemain yang masih mempunyai baki kontrak bersama Selangor, K. Prabakaran akan turut kekal bersama pasukan Red Giants bagi saingan musim 2020.

Prabakaran atau Praba telah membuat penampilan sebanyak 22 kali dan telah mencatat dua ‘assist’ (#SELTFC Liga Super dan #FELSEL Piala Malaysia) bagi musim ini.

FA Selangor berharap dengan kepercayaan yang diberikan kepada Ifedayo Olusegun dan K. Prabakaran, mereka mampu memberikan cabaran di bahagian serangan dan pertahanan Selangor pada musim 2020.

Ifedayo Olusegun & K. Prabakaran, #StillRED