#STILLRED: Khyril Muhymeen & Wan Zack Haikal Kekal Red Giants.

#STILLRED: Khyril Muhymeen & Wan Zack Haikal Kekal Red Giants.

Pihak pengurusan dan barisan kepimpinan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) telah menlanjutkan kontrak beberapa pemain yang dilihat mampu membawa impak positif bagi pasukan Red Giants untuk musim 2020.

———————————————————————————————

Kedua-dua pemain sayap Khyril Muhymeen dan Wan Zack Haikal terus kekal bersama pasukan Gergasi Merah untuk musim 2020.

Khyril Muhymeen atau Meen telah melengkapkan perpindahan beliau ke Shah Alam dari Perlis FA dengan menandatangani kontrak bersama Red Giants pada bulan Februari 2019.

Beliau merupakan seorang penyerang yang berkaliber dan terkenal dengan larian deras dan melakukan percubaan tepat ke pintu gol lawan dari sudut yang sukar.

Pengalaman dan reputasi yang dimiliki Meen telah menambah kualiti jentera serangan pasukan Selangor. Namanya kembali menjadi buah mulut pemerhati bola sepak Malaysia ekoran aksi cemerlang dalam saingan Piala Malaysia 2019 sehingga berjaya membawa Red Giants ke pentas separuh akhir.

Beliau telah menjaringkan 7 gol serta 4 ‘assist’ sepanjang penampilan beliau untuk pasukan Selangor untuk musim ini.

Dengan kemahiran dan pengalaman yang dimiliki oleh Meen, FA Selangor yakin beliau mampu untuk terus menjadi aset penting untuk skuad Red Giants tahun 2020.

Sementara itu, seorang lagi pemain berpengalamn yang dilanjutkan kontrak bersama Selangor, Wan Zack Haikal akan turut kekal bersama pasukan Red Giants bagi saingan musim 2020.

Kebolehan Wan Zack sebagai seorang pemain yang berkualiti bukanlah lagi menjadi satu tanda tanya kepada mereka yang telah lama mengikuti perkembangan bola sepak di dalam negara ini.

Meskipun beliau mengalami kecederaan pada awal musim ini, beliau giat menjalani pemulihan dan akan mula bermain musim hadapan.

FA Selangor berharap dengan kepercayaan yang diberikan kepada mereka, Khyril Muhymeen dan Wan Zack Haikal akan terus memberikan persembahan terbaik di bahagian serangan Selangor pada musim 2020.

Khyril Muhymeen & Wan Zack Haikal, #StillRED