#STILLRED: Namathevan & Ashmawi Yakin Kekal Red Giants.

#STILLRED: Namathevan & Ashmawi Yakin Kekal Red Giants.

Pihak pengurusan dan barisan kepimpinan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) telah melanjutkan kontrak beberapa pemain yang dilihat mampu membawa impak positif bagi pasukan Red Giants untuk musim 2020.

————————————————————————

Dua pemain pertahanan Selangor, Namathevan dan Ashmawi Yakin kekal bersama Red Giants untuk musim 2020.

Namathevan Arunasalam atau lebih dikenali sebagai Nama merupakan anak jati Selangor yang mula bermain untuk pasukan negeri ini sejak tahun 2015 lagi bersama pasukan Presiden Selangor.

Setelah menjuarai Piala Presiden 2017 beliau terus diserap diserap masuk dalam skuad utama Gergasi Merah pada tahun 2018.

Pemain berusia 23 tahun ini merupakan pemain yang sangat versatile dan sering menjadi buah mulut penyokong Selangor dengan hantaran-hantaran cantiknya dari sebelah kanan padang.

Nama telah membuat penampilan sebanyak 44 kali sepanjang kariernya bersama Red Giants sehingga musim 2019.

Sementara itu, Ashmawi Yakin pula merupakan pemain pertahanan yang berpengalaman di pentas antarabangsa.

Beliau pernah mewakili skuad kebangsaan B16, B19, B23 dan telah tampil lebih 50 kali beraksi bagi skuad Harimau Muda.

Pemain berjersi nombor 4 ini pada asalnya merupakan pemain pasukan Negeri Sembilan dan telah menyertai Selangor pada tahun 2018.

Sepanjang bersama pasukan Gergasi Merah, Ashmawi telah membuat penampilan sebanyak 16 kali sehingga musim 2019.

FA Selangor berharap dengan kepercayaan yang diberikan kepada kedua-dua pemain pertahanan ini, mereka mampu memberikan nafas yang segar di benteng pertahanan Selangor pada musim 2020.

Namathevan & Ashmawi Yakin, #StillRED