#STILLRED: Rufino Segovia Kekal Red Giant

#STILLRED: Rufino Segovia Kekal Red Giant

Pihak pengurusan dan barisan kepimpinan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) telah mengekalkan kontrak beberapa pemain yang dilihat mampu membawa impak positif bagi pasukan Red Giants untuk musim 2020.

———————————————————————————————

Rufino Segovia disahkan terus kekal bersama pasukan Gergasi Merah untuk musim 2020.

Rufino merupakan pemilik Kasut Emas 2018 yang telah menjaringkan 31 gol sepanjang kariernya bersama Selangor musim lepas.

Penyerang yang berasal dari Sepanyol ini masih lagi menjalani proses pemulihan sebaik sahaja beliau dilanda kecederaan semasa menentang Kuala Lumpur dalam saingan Liga Super 2019.

Bekas penyerang Atletico Madrid ini dijangka bakal pulih sepenuhnya sebelum bermula musim baru dan bakal digandingkan dengan penyerang utama musim ini, Ifedayo Olusegun di barisan hadapan.

Berbekalkan pengalaman dan perkembangan semasa beliau, FA Selangor menaruh keyakinan bahawa Rufino bakal mengekalkan reputasi beliau sebagai penggempur utama skuad Red Giants.

FA Selangor percaya bahawa Rufino Segovia akan kembali menjadi penyerang prolifik Red Giants dan menambah kualiti jentera serangan Selangor pada musim 2020.

Selamat kembali, Rufino!

Rufino Segovia, #StillRED