#STILLRED: Sandro Da Silva & Farizal Harun Kekal Red Giants.

#STILLRED: Sandro Da Silva & Farizal Harun Kekal Red Giants.

Pihak pengurusan dan barisan kepimpinan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) telah menlanjutkan kontrak beberapa pemain yang dilihat mampu membawa impak positif bagi pasukan Red Giants untuk musim 2020.
———————————————————————————————

Pemain import tengah, Sandro Da Silva dan penjaga gol, Farizal Harun terus kekal bersama pasukan Gergasi Merah untuk musim 2020.

Sandro Da Silva atau Sandro bukannya nama asing dalam kancah bola sepak Malaysia. Pemain berasal dari Brazil ini telah menempah nama di Malaysia sejak tahun 2015 bersama pasukan Kedah.

Kehadiran beliau telah menambah kualiti skuad Red Giants musim ini dan mencatat penampilan pertama menentang menentang JDT pada 1 Mac 2019.

Ternyata pertukaran beliau dengan Antonio German merupakan satu percaturan yang bijak oleh B. Satiananthan kerana beliau merupakan salah seorang tonggak Gergasi Merah musim 2019.

Beliau telah membuat penampilan sebanyak 26 kali serta menjaringkan sembilan gol dan merekod ‘assist’ terbanyak (10) bersama pasukan Selangor untuk musim ini.

Dengan kualiti yang dimiliki oleh Sandro, FA Selangor yakin beliau mampu untuk terus meningkatkan lagi kualiti pasukan untuk tahun 2020.

Sementara itu, seorang lagi penjaga gol yang dilanjutkan kontraknya bagi saingan musim 2020 adalah Farizal Harun.

Beliau yang merupakan penjaga gol kedua Selangor telah beraksi sebanyak 12 perlawanan (10 Liga Super dan 2 Piala FA).

Di hadapan gawang gol Selangor, Farizal telah mempamerkan kualiti yang menarik. Daripada 12 perlawanan, beliau berjaya mencatat tiga ‘cleansheet’ dan mempunyai satu gol sahaja bolos secara purata bagi setiap perlawanan.

FA Selangor berharap dengan kepercayaan yang diberikan kepada Sandro Da Silva dan Farizal Harun, mereka mampu memberikan nafas yang segar di bahagian tengah dan gawang gol Selangor pada musim 2020.

Sandro Da Silva & Farizal Harun, #StillRED