#STILLRED: Sean Kekal di Wilayah Gergasi Merah

#STILLRED: Sean Kekal di Wilayah Gergasi Merah

Pemain No 7 Selangor FA. Sean Eugene Selvaraj, pemain sayap yang berusia 22 tahun dan berasal dari Port Dickson ini telah membuktikan kebolehan beliau dengan memberikan persembahan menarik dan memberansangkan sejak bersama Selangor musim lepas.

Karier bola sepak beliau bermula di Pasukan B21 Negeri Sembilan sebelum diserap ke skuad utama negeri itu. Sepanjang karier bersama skuad utama Negeri Sembilan, Sean telah menjaringkan 2 gol daripada 9 perlawanan Liga Perdana untuk Negeri Sembilan sebelum berhijrah menyertai Selangor pada 4 Disember 2017.

Sepanjang musim 2018 bersama Selangor, Sean telah menunjukkan ketangkasan dan kelincahan yang telah banyak mendominasi bahagian sayap. Pemain yang mempunyai teknik-teknik yang menarik dan sentiasa on the ball ini juga telah menjaringkan 3 gol dalam 20 penampilan bersama Selangor.

Kita berharap dengan kepercayaan ini, Sean akan terus menjadi sebahagian daripada ketajaman barisan serangan skuad Gergasi Merah untuk musim hadapan.

Sean Selvaraj, #StillRed.