#STILLRED: Taylor Regan & Sean Selvaraj Kekal Red Giants.

#STILLRED: Taylor Regan & Sean Selvaraj Kekal Red Giants.

Pihak pengurusan dan barisan kepimpinan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) telah melanjut dan mengekalkan kontrak beberapa pemain yang dilihat mampu membawa impak positif bagi pasukan Red Giants untuk musim 2020.

————————————————————————

Pemain pertahanan tengah, Taylor Regan dan pemain sayap, Sean Selvaraj terus kekal bersama pasukan Gergasi Merah untuk musim 2020.

Taylor Regan, ‘The Defensive Boss’ bukanlah nama asing dalam kancah bola sepak Malaysia. Beliau pernah beraksi bersama pasukan Negeri Sembilan pada tahun 2016.

Dengan sikap kepimpinan tinggi yang dimilikinya, beliau telah dilantik sebagai vice captain skuad Red Giants pada tahun pertamanya bersama Selangor.

Pemain tinggi lampai dari Australia ini juga adalah pemain yang telah membuat penampilan terbanyak bersama pasukan Selangor pada musim ini iaitu sebanyak 30 kali.

Taylor sering diperkatakan mengenai kualiti tandukkan dan hantaran jauh yang dimilikinya. Selain menjadi nadi utama benteng pertahanan Selangor, beliau turut menjaringkan dua gol musim ini ketika perlawanan menentang Perak (Liga super) dan PDRM (Piala Malaysia).

Manakala pemain muda Selangor, Sean Selvaraj yang masih mempunyai baki kontrak bersama pasukan Red Giants turut dikekalkan bagi saingan musim 2020.

Karier bola sepak Sean bermula bersama pasukan B21 Negeri Sembilan sebelum diserap ke skuad utama negeri itu. Pemain sayap ini telah beraksi bersama skuad senior Selangor sejak tahun 2018 lagi.

Sepanjang musim 2019, beliau telah menjaringkan dua gol ketika menentang Melaka dalam saingan Liga Super. Lebih manis, salah satu dari jaringan itu telah menjadi gol kemenangan bagi perlawanan tersebut.

Sean juga telah membuat 26 penampilan bersama Selangor untuk musim ini.

FA Selangor berharap dengan kepercayaan yang diberikan kepada Taylor Regan dan Sean Selvaraj, mereka mampu memberikan persembahan terbaik untuk pasukan Selangor bagi musim 2020.

Taylor Regan & Sean Selvaraj, #StillRED