Taylor Regan Kini Tiba di laman Gergasi Merah

Taylor Regan Kini Tiba di laman Gergasi Merah

Suka cita diumumkan bahawa Taylor Francis George Regan kini sah bergelar pemain Selangor bagi musim 2019.

Pemain tengah pertahanan ini berusia 30 tahun dan merupakan anak kelahiran Newcastle, Australia. Beliau adalah pemain bola sepak profesional Australia yang cukup disegani.

Regan membuat debut pada Oktober 2010 mewakili pasukan Newcastle Jets dan merupakan antara pemain yang menonjol pada perlawanan pertamanya dalam pasukan senior. Tambahan lagi, Regan telah dinobatkan sebagai ‘Player of The Season’ dan juga telah menerima beberapa anugerah lain semasa bersama dengan pasukan tersebut.

Taylor Regan bukanlah nama asing dalam bola sepak Malaysia. Beliau sebelum ini pernah beraksi untuk pasukan Negeri Sembilan FA pada tahun 2016 dan diberi kepercayaan menjadi kapten pasukan itu di atas kualiti kepimpinan dan kasrima yang dimilikinya.

Dengan pengalaman-pengalaman yang dimiliki Regan semasa dalam pasukan utama kelab di Australia, beliau kini dikenali sebagai seorang pemain pertahanan yang sangat digeruni penyerang.

Kehadiran beliau bakal memberikan kekuatan baru kepada benteng pertahanan pasukan Selangor.

Regan telah digandingkan bersama Michal Nguyen di posisi pertahanan dalam beberapa siri perlawanan percubaan pramusim semasa di Thailand dan telah menunjukkan corak permainan yang positif, kerap membantu Red Giants.

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengucapkan selamat datang ke Selangor dan semoga Taylor Regan akan dapat bersama-sama menjadikan Selangor sebagai pasukan yang digeruni dan kebal di bahagian pertahanan.

Hantarkan ucapan anda kepada Taylor Regan di sosial media dengan menggunakan #ReganIsRed.

Welcome and we wish you all the best Regan!