Tengku Amir Shah perkenan anjur program berbuka puasa dan solat terawih

Tengku Amir Shah perkenan anjur program berbuka puasa dan solat terawih

Bersempena dengan perlawanan Liga Super 2019 menentang pasukan Kedah pada 15 Mei ini, DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah perkenan untuk menganjur Program Berbuka Puasa dan Jom Terawih bersama penyokong di Stadium Shah Alam.

Tengku Amir Shah juga akan mencemar duli untuk turun berbuka puasa dan solat terawih secara berjemaah bersama-sama penyokong.

Objektif program ini adalah untuk mendekatkan lagi peminat pasukan Selangor bersama-sama pihak pengurusan serta pemain.

Hidangan berbuka puasa turut disediakan kepada pemegang pas bermusim Selangor.

Sila isi butiran anda untuk RSVP di sini: https://forms.gle/42ArrqMrFdaRUTpd7

Selain itu, turut diadakan tazkirah ramadan yang bakal disampaikan oleh PU Hafiz selepas selesai majlis berbuka.

Program bermula jam 6.30 pm (untuk program buka puasa pas bermusim) dan jam 8.00 pm (untuk Terawih Berjemaah bersama DYTM RMS) sehingga tamat perlawanan diantara Selangor menentang pasukan Kedah.

Untuk makluman, bagi perlawanan kali ini kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak perlu membeli tiket kerana dibenarkan untuk masuk percuma.