Terima Kasih LOTTO

Terima Kasih LOTTO

Pihak pengurusan Persatuan Bolasepak Selangor ingin mengucapkan terima kasih kepada aL-ikhsan dan Lotto kerana sudi menjadi pembekal jersi kepada pasukan Selangor dari tahun 2016, 2017 dan 2018.

Sokongan yang diterima oleh pasukan Selangor daripada pihak aL-ikhsan dan Lotto amatlah dihargai oleh kami semua di Persatuan Bolasepak Selangor.

Sepanjang tiga tahun ini, sokongan ini juga telah menjadi sebahagian daripada tulang belakang pasukan Selangor sehingga berjaya memasuki 2 perlawanan akhir. Iaitu 2016, pasukan Selangor berjaya memasuki final Piala Malaysia dan pada tahun 2018, pasukan Selangor berjaya memasuki final Piala FA.

Kami juga ingin mengajak para penyokong untuk menyertai kami dalam mengucapkan terima kasih kepada aL-ikhsan dan Lotto di atas sokongan padu mereka tiga tahun ini!

Dalam masa yang sama, nantikan pengumuman lanjut mengenai pembekal jersi baru pasukan Selangor musim depan.