Tiga perlawanan untuk bulan Jun

Tiga perlawanan untuk bulan Jun

Skuad Piala Belia Selangor akan menentang tiga pasukan bagi aksi bulan Jun ini iaitu Perak, Sabah dan Terengganu.

Menentang Perak, Selangor akan bertandang ke Ipoh terlebih dahulu pada 16 Jun ini.

Ini merupakan misi menebus kekalahan buat skuad muda ini selepas mereka tewas 1-2 pada perlawanan sebelum ini.

Seterusnya mereka akan kembali beraksi di Stadium MP Sepang pada 19 Jun untuk melayan kunjungan pasukan Sabah.

Selangor yang bermain cemerlang pada perlawanan sebelum ini di Kota Kinabalu dengan kemenangan 2-1 bakal dituntut mempamerkan aksi lebih baik untuk perlawanan kali ini.

Lawan terakhir bagi skuad Piala Presiden Selangor bagi bulan ini adalah pasukan Terengganu yang dijadualkan berlangsung pada 30 Jun ini di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Ini merupakan tugas sukar buat Selangor kerana Terengganu kini berada di tahap mereka yang terbaik selepas masih lagi belum tewas dalam 11 perlawanan dan menghuni tangga teratas kumpulan B.

Namun begitu, keupayaan yang dimiliki oleh pemain muda kita tidak boleh diambil mudah. Apa yang pasti, mereka akan memberikan yang terbaik untuk meraih kemenangan.