Transfer Round Up

Transfer Round Up

Musim 2019 telah melakarkan banyak sejarah baru buat pasukan Selangor.

Bermula dengan agenda transformasi pihak pengurusan, ditambah pula dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi dari semua pihak, satu persatu usaha telah memberi impak dan nafas baru untuk pasukan Red Giants.

Salah satu daripada mekanisme strategik dalam perubahan dan transformasi pasukan Merah Kuning ini sudah semestinya perkara-perkara yang mampu memperkukuhkan kekuatan pasukan seperti memperkenalkan beberapa pemain baru.

Barisan pemain baru yang dipercayai mampu mengembalikan kegemilangan Red Giants telah diperkenalkan melalui beberapa siri pengumuman pemain baru yang dilakukan di laman media sosial rasmi FA Selangor. Selain itu pemain-pemain ini juga telah beraksi dalam beberapa perlawanan pramusim dan tiga perlawanan awal Unifi Liga Super 2019.

Patah tumbuh hilang berganti. Ada yang datang, pasti ada yang pergi. Sudah menjadi lumrah dunia bola sepak, pemain datang dan pergi. Oleh itu beberapa pemain-pemain lama Selangor turut berhijrah pada musim ini.

Disini kami kongsikan senarai perpindahan pemain bagi pasukan Selangor untuk musim 2019.

MASUK
Syazwan Zainon (Kedah)
Abdul Halim Saari (Kedah)
Faiz Nasir (Terengganu)
Latiff Suhaimi (Terengganu)
Farizal Harun (Felda United)
Azreen Zulkafali (Felda United)
K. Prabakaran (Felda United)
Wan Zack Haikal (Felda United)
Norhakim Isa (PKNP)
Nurridzuan Abu Hassan (PKNS)
Endrick Dos Santos Parafita (Felcra)
Michal Nguyen (Air Force Central)
Taylor Regan (Adelaide United)
Sandro Da Silva (Kedah)
Khyril Muhymeen (Perlis)
Fandi Othman (PKNS, pinjaman)

KELUAR
Alfonso De La Cruz
Evan Dhimas
Ilham Udin Armaiyin
William Pacheco
Joseph Kalang Tie
Razman Roslan
Azammudin Akil
Norazlan Razali
Fairuz Aziz
Shahrul Igwan
Abdul Halim Zainal
Saiful Ridzuan Selamat
Antonio German
K. Kannan (PKNS, pinjaman)

Buat pemain yang telah berhijrah, terima kasih kami ucapkan untuk segala jasa dan bakti yang telah dicurahkan sepanjang bersama pasukan ini. Hanya doa serta ucapan terima kasih buat iringan agar terus berjaya dan cemerlang di tempat baharu.

Kepada pemain-pemain baru, selamat datang kami ucapkan. Berjuanglah demi lencana di dada kerana tugas berat yang ada dihadapan, kita tempuhi bersama. Semoga berjaya mengembalikan kegemilangan pasukan Selangor, satu-satunya Red Giants dalam arena bola sepak negara.

#KitaAdalahSatu