Undian Piala FA Selangor & Perkembangan Liga FAS 2018/19

Undian Piala FA Selangor & Perkembangan Liga FAS 2018/19

Sabtu, 10 November yang lepas, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) telah mengadakan sesi taklimat Kejohanan Piala FA Selangor berserta sesi perbincangan dengan wakil dari setiap kelab di dalam FAS bagi bersama-sama memantapkan lagi Liga Selangor 2018/19.

Perbincangan tersebut memberi perhatian kepada 4 bahagian utama iaitu, format pertandingan, peraturan dan undang-undang, pengurusan operasi dan logistik, dan juga liga belia Selangor.

Kesemua wakil yang hadir telah diminta untuk memberi cadangan berdasarkan topik-topik yang telah disebutkan dan diminta untuk berkongsi sebarang isu yang sedang atau pernah dihadapi sepanjang kejohanan.

Wakil-wakil kelab turut diberi ruang mencadangkan idea atau format baru yang lebih baik bagi mengatasi setiap isu yang pernah timbul semasa kejohanan berlangsung.

Setiap cadangan atau format baru yang dikeutarakan dalam sesi perbincangan tersebut kemudiannya dibandingkan secara pros & cons dan juga dengan format pertandingan sebelum ini.

FAS turut berkongsi beberapa cadangan perubahan dan pertukaran yang ingin dibawa bagi mendapatkan persetujuan dan maklum balas daripada wakil-wakil kelab.

Pembentangan kit pasukan 2019 turut diadakan untuk mendengar pandangan daripada wakil-wakil kelab yang hadir.

Berikut disertakan juga butiran Kejohanan Piala FA Selangor:

Format: Pusingan kalah mati (Cup competition)

Lokasi:

a. Padang Setia Alam

b. Padang Ilsas Bangi

Tarikh:

a. Pusingan pertama: 25 November 2018

b. Last 16: 2 Disember 2018

c. Suku akhir: 9 Disember 2018

d. Separuh akhir: 15 Disember 2018

Hadiah:

a. Johan: RM 10,000

b. Naib Johan: RM 5,000

Bilangan pasukan: 32 pasukan