WAJAH BOLA SELANGOR: Lim Chan Yew (Bahagian 3)

WAJAH BOLA SELANGOR: Lim Chan Yew (Bahagian 3)

Wajah Bola Selangor merupakan koleksi temubual dan kisah-kisah individu yang dirakamkan dari padang, stadium, bandar, lebuh dan jalanan, bagi membawa di sebalik tabir kehidupan mereka yang merupakan sebahagian daripada dunia bola sepak Selangor.

 

————

 

Sebelum meneruskan pembacaan, pembaca digalakkan untuk membaca kisah Lim Chan Yew Bahagian 1: https://redgiants.faselangor.my/wajah-bola-selangor-lim-chan-yew-bahagian-1/ dan Bahagian 2: https://redgiants.faselangor.my/wajah-bola-selangor-lim-chan-yew-bahagian-2/ terlebih dahulu.

 

Pada petang itu, saya mengambil komputer riba saya dan pergi ke pekan dengan menaiki basikal.

 

Zaman itu masih lagi belum ada aplikasi whatsapp dan yang lain-lain.

 

Semua berhubung melalui emel ataupun messenger pada ketika itu.

 

Secara tiba-tiba, ada rakan pegawai media Bournemouth masuk ke dalam siber kafe yang saya tengah berada itu dan menerpa saya.

 

Beliau beritahu saya yang saya dibenarkan bermain untuk perlawanan kali ini.

 

Saya cakap dekat dia jangan main-main sebab saya tengah sedih tak dapat bermain.

 

Tapi dia cakap dia tidak bergurau dan pegawai media tersebut sedang menanti saya diluar untuk membawa saya ke padang latihan.

 

Saya apa lagi, terus kemas barang dan terus naik kereta dia untuk pulang ke hotel ambil barang dan  ke padang latihan.

 

Setibanya di sana, saya baru tahu yang perlawanan masih lagi belum bermula kerana jurulatih sedang menunggu saya dan mahukan saya warm up dahulu.

 

Sewaktu sedang bermain, jurulatih tanyakan kepada saya sekiranya saya boleh bermain di posisi wingback.

 

Walaupun saya tak pernah dan ianya bukan posisi kegemaran saya, tetapi saya bersetuju untuk menyahut cabaran tersebut.

 

Akhirnya perlawanan tersebut tamat dengan kemenangan 4-1.

 

Perlawanan seterusnya adalah menentang pasukan Yeovill City dan saya digandingkan dengan pemain lagend mereka dibahagian pertahanan tengah.

 

Ketika itulah saya melakukan kesilapan dan saya dimarah seteruk-teruknya oleh pemain tersebut dan saya rasa diri saya begitu kecil.

 

Namun saya mengambil positif perkara tersebut kerana ianya adalah perkara normal di sana dan ianya adalah pembelajaran untuk saya.

 

Terus terang saya katakan, pengalaman ini begitu berharga kerana tak ramai pemain di Malaysia yang mendapat peluang seperti saya.

 

Bermain bersama pasukan seperti Bournemouth yang mana saya betul-betul berlatih dan bermain, perkara tersebut adalah pengalaman terbaik bagi saya.

 

Berbalik kepada masa kini dan Selangor, yang boleh saya katakan jiwa saya adalah sentiasa bersama Selangor.

 

Kerana pada ketika saya bermain, Selangor adalah pasukan yang besar.

 

Selangor sangat bermakna.

 

Kamu mahu bermain dengan Selangor? Kamu mesti bersedia untuk mati demi Selangor.

 

Ianya mudah.

 

Kini saya sangat bertuah kerana dapat melihat apa yang FAS sudah lakukan untuk pasukan utama dan komuniti, adalah perkara yang saya inginkan.

 

Saya sudah pergi ke Arsenal, Chelsea dan Bournemouth, dan kini kita mula mengikuti mereka.

 

Pengurusan baharu pun masih lagi dalam proses pembelajaran tetapi ianya adalah perkara yang penting.

 

Kerana untuk pemain dan jurulatih, hari kita mula berhenti belajar adalah pada hari kita mati.

 

Begitu juga dengan pihak pengurusan.

 

Mana tahu, mungkin satu hari nanti, Selangor akan bertapak di buminya sendiri.

 

 

-TAMAT-

 

 

Baca lagi: https://redgiants.faselangor.my/wajah-bola-selangor-coach-gobak/
Baca lagi: https://redgiants.faselangor.my/wajah-bola-selangor-coach-lim/